Showing posts with label RESEPI YAMIES. Show all posts
Showing posts with label RESEPI YAMIES. Show all posts

Wednesday, September 24, 2008

Masak Lemak Rambai dengan Ikan



sama aje dengan masak cili biasa ...cuma rambai yang telah dibuang bijinya perlu direbus dulu...bila kuah dah mengelegak...baru masukkkan kulit rambai tu....nyumm.nyummm

Wednesday, September 10, 2008

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API DENGAN BELIMBING BULUH


BAHAN2 :

Telur itik

Belimbing buluh

Cili api ( campur dgn dah masak)

Asam Keping

Santan

kunyit hidup

garam kasar


Cara-caranya :

Tumbuk kunyit hidup dgn garam kasar dan tumbuk kemudian cili api. masukan bahan yg ditumbuk dalam kuali bagi memudahkan memecahkan telur nanti. masukan santan, asam keping bila kuah mendidih masukkan belimbing buluh dan pecahkan telur itik satu persatu. Pastikan telur masuk kalau suka lagi best telur masak 3 suku aje...

Wednesday, August 13, 2008

CREAM PUFF


Bahan-bahan ( 10 biji )

100ml air 45g butter-suhu bilik,

potong 1cm 60g tepung gandum- diayak

2 biji telur

Cara-cara

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.

2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat

6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang Anggaran diameternya ialah 5cm.

7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

TAT TELUR


BAHAN-BAHAN:

Pastri/kulit:

240g tepung gandum }1 camb

tepung kastard }diayak

secubit garam

120g mentega

3 camb gula kaster

1 biji telur, dipukul sedikit

Bahan Inti/Tat:

120g gula pasir

240ml air mendidih

3 biji telur Gred A

1/2 camt vanila

beberapa titik pewarna kuning

1/2 camt cuka

Cara2 :Larutkan gula pasir dan air mendidih, biar sejuk.

Untuk kulitnya, gaul bahan ayak, garam dan mentega.

Masukkan gula, kacau. Campurkan dengan telur dan uli menjadi doh.

Tutup dan biar doh 15 min.

Untuk inti, satukan air gula, telur, vanila, pewarna kuning dan cuka

kemudian tapiskan ke dalam jag. Canai doh setebal 3mm,

terap dengan penerap bulat dan alaskan pada tin-tin tat.

Tuangkan bancuhan telur perlahan-lahan. Untuk memudahkan, letak semua tin tat di atas tin pembakar yg besar. Bakar pada 180 C selama 18-22 min atau hingga masak. Cubalah....

DONUT


Bahan-bahan:

20 g yis basah (fresh yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah

125 ml susu segar suam

25 g mentega } dicairkan

2 kuning telur

250 g tepung gandum

1-2 sudu besar gula castorminyak utk menggorenggula

castor secukupnya utk taburan

Cara membuat:

Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau.

Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.

Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain,

curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati.

Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari)

kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn cling film selama 1 jam.

Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm.

Ambil penerap bulat, terap hingga habis.Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min.Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan.Angkat dan toskan minyak nya bila sejuk bolehlah digaul kan dgn gula halus.

PASTA & CHICKEN SALAD


Bahan-bahan:-250 g tricolor fussili

5-6 biji baby potato } tak de baby potato boleh guna mak potato dlm 1-2 biji

1 keping dada ayam

mayonis sket

lada hitam sket } tumbukgaram secukup rasa

olive oillemon jus secoet } optional

Cara membuat:-Rebus fussili dgn sket garam sehingga lembut, toskan kemudian gaul dgn sket olive oil

Dada ayam perap dgn sket garam dan lada hitam pastu masukkan dlm oven selama 30 min,

bila masak potong dadu

Baby potato rebus dgn kulit hingga empuk kemudian kupas dan potong 2

Dalam mangkuk yg besar, masukkan fussili, potato, mayonis, lada hitam, olive oil dan garam secukup rasa

Gaul sekata, sebelum dihidangkan tabur kan ayam atasnya

Variasi: Ayam boleh digantikan dgn tuna flake dlm tin...pung sodappppp....

CHAR KUEY TEOW


Bahan-bahan:

500 gm kuey teow

Daging, Kerang, Udang basah saiz sederhana

4biji bawang putih ditumbuk

4 sudu cili kisar

2 sudu kicap cair

2 sudu sos tiram

3 sudu kicap

Daun kucai TaugehSayur Sawi Garam dan gula(kalau suka) secukup rasa..

Cara-cara : 1. Tumiskan bawang putih.

2. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak. Masukkan daging, kerang dan udang.

3. Masukkan semua sos dan dikacau rata kemudian masukkan garam dan gula.

4. Masukkan kuey teow dan taugeh, kacau rata tapi jgn terlalu lama kerana ini akan menghancurkan kuey teow dan melayukan taugeh.

5. Padamkan api dan taburkan daun kucai secukupnya.

Chocolate Chip Cookies


Bahan2nya:

2 cawan tepung gandum serbaguna

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1/2 sudu teh garam3/4 cawan butter, dicairkan

1 cawan gula perang (packed brown sugar)

1 sudu teh esen vanilla

1 biji telur

1 biji kuning telur

1 cawan semisweet chocolate chips

1 cawan walnut (dicincang)

Cara-caranya :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulang pembakar.

2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.

3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut, gaul menggunakan senduk kayu.

4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas