Monday, December 22, 2008

GAMBAR KAHWIN - 1.10.2000


Semalam keluar berita Pernikahan artis paling popular Mawi dgn Ekin (20.12.08) PERNIKAHAN Mawi atau Asmawi Ani, 27, dengan Ekin atau Nora‘Ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru .Alhamdulililhah....semoga berkekalan ke anak-cucu.

Anyway teringgatlak pulak zaman dolu-dolu.....8 tahun dulu..time yamies nikah ...he.he..(1.10.00)....cantik tak nombor nyeee...time tu yamies (25) dan hisham (29)..campur..tolak..kira samalah kitaorang dulu macam mawi dan ekin nie...cuma terbalik tang umur ajelah..ha..ha..kehenseman dan kejelitaan tak le lawan depa ...tuuu


Sekarang...2008 anak dah dua..tak sangka..Allah dah bagi nikmat berkeluarga selama 8 tahun dan keluarga yang lengkap....setakat nie kami bersama lagi dan dikurnia 2 orang anak ....terlalu besar ...pemberian Mu..Ya Allah ..semoga kami termasuk ke dalam golongan hambamu yg sentiasa bersyukur......aminnn


Afi dan Ati...gambar 2 hari lepas











HARI RAYA AIDILADHA - 08.12.08

isssskkk....asyik news belated aje...tak palah...Raya Korban kali nie ...3 ekor lembu tumbang.....kat kg..3 hari selepas kejadian 14 banglo di Bukit Antarabangsa di timbus tanah runtuh....
Terlalu banyak hikmah dan pengajaran yg Allah yg tunjuk...dalam erti kata 'KORBAN"...

time penyembelihan ....hujan turun tak henti-henti bermula pukul 5.00 pagi hingga 4 petang. Nasib ada khemah..

Hafiy bersama-sama sepupu-sepupunya...lagak mcm dah besar aje...

Sepupu seusia - Muhammad Assayyad lahir bulan syawal....




Monday, November 3, 2008

Afi mula nak merangkak



Hari nie gi klinik kerajaan di Bandar Baru Bangi, beratnya 7 kg aje...dalam seusia ini (8 bulan ) mesti ada 8 kg lebih...afi kena makan banyak tau....
Buat bubur campur daging, ikan ayam....dan sedikit minyak atau santan...utk tambah lemak..makan buah-buahan spt betik, pisang....tau...

Gambar Gi Rayooo

Sudah sebulan syawal berlalu....masih tak kesempatan untuk up date blog gambar rayo...
tapi nak masuk gambar rayo pun hari nie tak le....banyak sangat ..apa yang ada ajeee...

Firstly raya kat Kuala Pilah...nie pun nurul yang ambil....gambar geng-geng dialah...gamaknya..


Dalam Kete...dari Seremban nak gi rumah Achik As kat Bandar Baru Bangi


Raya kat rumah Achik Zaida...di Presint 18, Putrajaya ...ada kawan-kawan geng hafiy.....zikry, Ikhsan dan Haziq....itu ajelah gambar yang ada sempena rayo tahun 2008...harap dapat jumpa laei tahun depan 2009...













Afi 'N' Ati tengok ikan


Sementara menunggu ayahnya siap ...apa kata kita posing kat ikan kita yang tinggal sekor nie....
Afi memang sukalah berposing ...tak kalah betul ...mat jambul nie.....

Siap-siap nak gi pasar lepas tu terus nak gi raya rumah pak tehnya kat Taman Tuanku Jaafar, Seremban..sebab lama sangat tak up date blog....gambar banyak belated....












Wednesday, September 24, 2008

Hafiy belajar makan





hari nie hafiy makan sakan ...habis bermisai dan berjanggut...sedappppp betul....

Masak Lemak Rambai dengan Ikan



sama aje dengan masak cili biasa ...cuma rambai yang telah dibuang bijinya perlu direbus dulu...bila kuah dah mengelegak...baru masukkkan kulit rambai tu....nyumm.nyummm

Shopping kat IKEA


Dah lama takk..masuk...blog ..maklumlah sibuk sikit...kali nie nak cerita pasal gi Ikea...sabtu lepas..dah lama tak gi...rasa yang terakhir...hafiy tak ade lagi masa tuuuu....


sampai pukul 11.00 pagi...rasa dah awal tapi...parking ..huhhh...penuh...nasib baik...dapat parking kat laybay...dekat dgn lift.....my husband yang nak cari barang...saya..duit gaji tak masuk laei...

Wednesday, September 10, 2008

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API DENGAN BELIMBING BULUH


BAHAN2 :

Telur itik

Belimbing buluh

Cili api ( campur dgn dah masak)

Asam Keping

Santan

kunyit hidup

garam kasar


Cara-caranya :

Tumbuk kunyit hidup dgn garam kasar dan tumbuk kemudian cili api. masukan bahan yg ditumbuk dalam kuali bagi memudahkan memecahkan telur nanti. masukan santan, asam keping bila kuah mendidih masukkan belimbing buluh dan pecahkan telur itik satu persatu. Pastikan telur masuk kalau suka lagi best telur masak 3 suku aje...

Thursday, September 4, 2008

Eppy Besday Ati






30.08.08 ...sabtu lalu kami sekeluarga menyambut besday ati yg ke 7 tahun...walaupun hari ulangtahunya sebenarnya 2.9....Dipercepatkan sebab nanti dah puasa...panggil mak chik sekeluarga dan mak tam sekeluarga....

Thursday, August 21, 2008

CIRI-CIRI ORANG BERTAQWA

CIRI-CIRI TAQWA
1. Ingat dua perkara
2. Lupa dua perkara
3. Menyukai apa yang Allah suka
4. Membenci apa yang Allah benci
—————————————————-
1.Ingat Dua Perkara
Pertama:
Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang, maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal
Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT kepada kita yang tidak terhingga banyaknya.
Firman Allah SWT:
”Waamma bini’matihi rabbika fahaddith’.
Maksudnya:
”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Adh Dhuha:11)
Ini supaya kita terasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang berbuat baik dan berjasa kepada kita.
Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurniaan Allah.

Kedua:
Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf.
Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia. Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosa-dosa itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat dosa-dosa yang lain dan hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.

2. Lupa Dua Perkara
Pertama:
Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang.Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang.
Kembalikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang. Lebih-lebih lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah. Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang.
Rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub, sum’ah atau riyak atau rasa diri baik dan mulia.
Kedua:
Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita. Anggaplah seolah-olah tidak ada siapa yang bersalah dengan kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang.
Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan dan ujian, musibah atau mala petaka yang Allah timpakan kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan.
Atau banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemeseletan ekonomi dan sebagainya. Supaya tidak tercetus perasaan tidak sabar dan tidak redha dengan ketentuan Allah.

3.Menyukai Apa Yang Allah Suka
Yakni kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Kita buat apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang disukai Allah. Ini mudah kalau apa sahaja yang Allah suka, kita pun suka.
Bukan soal sesuatu amalan itu kecil atau besar, fardhu, wajib atau sunat tetapi asalkan Allah suka, kita pun suka dan kita pun membuatnya.
Itu manifestasi dari cinta kita yang mendalam kepada Allah. Seseorang itu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya.
Soal amalan fardhu, wajib atau sunat sudah tidak jadi pertimbangan. Semua amalan yang Allah suka akan kita buat. Ia bukan juga soal mendapat pahala atau fadhilat. Ia lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Tuhan.

4.Membenci Apa Yang Allah Benci
Yakni kebencian kita hendaklah selari dengan kebencian Allah. Kita tinggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang dibenci oleh Allah. Ini mudah kalau apa yang Allah benci, kita pun benci. Nafsu pasti mendorong untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu itu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka.
Tetapi fitrah tetap kuat dan teguh. Fitrah yang suci murni itu, wataknya berlawanan dengan watak nafsu. Ia suka kepada apa yang Allah suka dan benci kepada apa yang Allah SWT benci. Nafsu tidak dapat mengalahkannya kerana rasa bertuhan dan rasa kehambaannya yang mendalam

Pi Alamanda dengan Afiy dan Ati

19.08.08 saya cuti....lepas balik dari bercuti kat Melaka ( 2 hari) balik awal coz ....saja nak rehatkan badan...so rancanglah nak gi Allamanda pi daftar celcom broadband....sebelum tu gi singgah opis...nak jumpa kan Hafiy dgn auntie2nya...dan atok2nya...he.he.tapi hanya sempat ambil gambar dgn auntie aetot aje....
lepas tu gi Allamanda....nak cari topi Afiy...tengok kakaknya pulak yg lebih...lastly dapatlah cap yg dipilih oleh kakaknya....comel jugaklah ada tulis hipoo....

sebelum balik singgah dulu Parkson...nampak macam ade sale....50%...haram..harga yang RM 50 keatas aje yang ade sale...tengah bulan...beb..sedang ronda-ronda hafiy bangun...nangis lah kejap..pastu kakaknya gula-gulakannya patung ......amboi gelak sampai satu level...boleh dengar...so terpaksa jugaklah beli....nampak dah suka sakan ....berat lak juga nak keluarkan RM 26.90...time tengah2 bulan nie......pastu...terus balik ....
kos belanja : topi : RM 13.00
Axion besar : RM 3.99
senduk kecil : RM 2.00
aiskrim : RM 7.50
anak patung : RM 26.90
parking : RM 2.00
celcom broadband : RM 68.00
jumlah semua : RM 123.39 keluar duit RM 150.00 baki RM 26.61