Wednesday, November 24, 2010

LETUSAN MERAPI


Tanggal 26 Oktober 2010, Tanah Merapi di kejutkan dengan letusan pertama di Gunung Merapi setelah 4 tahun ia menyepi. kali terakhir ia bergolak tahun 2006.
Letusan kedua pada 5 November 2010. Kedua-dua letusan mengorbankan seramai 161 orang.
Melihat dari gambar memang mengerunkan, tapi "berat mata memandang berat lagi bahu memikul". Itu lah pepatah melayu yang dapat kita ungkapkan pada semua penduduk sekitarnya.

Allah maha berkuasa dan maha tahu segala kejadian di bumi Nya ini. Tiada apa perlu dikata, kejadian mungkin memberi seribu kenyataan yang boleh dirasai oleh semua manusia dengan tafsiran yg tersendiri mengikut kefahaman masing-masing.


Walaupun pahit, mungkin ada kemanisan ....yang sukar kita tafsirkan...hanya Allah maha mengetahui...dan Ia juga Maha mengasihi hambanya...mungkin dengan kemusnah atas kekuasaanNya adalah petanda kasihnya pada hambanya...Hanya Ia Tuhan yang Maha mengetahui....Semoga roh yang terkorban berada dalam keampunan Allah...aminnn..

Tuesday, May 18, 2010

Makan dulu .....

Selepas makan ubat cacing, hafiy dah makin jadi...pemakan....macam tu..lah . mari kita tengok gaya hafiy menikmati makanan malamnya. Lauk soon masak lemak dengan sambal ikan aje...


suapan yang ke-3
sempat lambai orang lagi...

dah habis....
Macam tu...bagus...makan banyak2 ye....biar tembam sikit lawan adik fia

Friday, April 2, 2010

SUNGAI DALAM LAUT


Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53) Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. . "Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara. Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran." Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

100% copy right dr internet

Tuesday, March 9, 2010

Stroller baru


Inilah yang di cari-cari sekian lama...akhirnya jumpa kat di PKNS , B. B. Bangi.

Harga 359.00 hinggit aje...tak kalah achik dayah punya stoler RM 400 lebih..


Posing sakan 3 beradik nie.

Monday, March 1, 2010

HADIAH BESDAY

Sempena hari ulangtahun kelahiran Angah bulan Februari lalu, Pak cik Awang n familinya ada bagi hadiah Track Giant....besar. Bolehlah bawa barang-barang ke kampung...sewakan juga pun boleh...
Mak Tam n Famili bagi kete dan Traktor, nak jadi kontraktor ke...?

Sunday, February 28, 2010

Perkelahan di Pantai Bagan Lalang


Pada 27 Februari 2010, satu perkelahan telah dianjurkan sempena Ulangtahun Kelahiran ke 2 tahun (29.2.09) tahun lompat maa....Hafiy Hakimi di Pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor.
Aktiviti utama adalah BBQ ayam madu, ikan keli, sotong dan udang.
Menu lain nasi lemak sooodap, bihun, tembikai dan sirap.
Aktiviti sampingan pula adalah main layang-layang, main pasir, mandi laut dan tidur


baru nak mula membakar...


kita makan dulu...nyummmm nyummm

Tidur...sungguh nyaman...
bila nak datang laeiii

Monday, February 22, 2010

WOW , Putrajaya.

20-21 Februari 2010, telah berlansung akvititi Wow di Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya. Ia adalah salah satu aktiviti Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010.

Dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.


2 diantara projek mega Perbadanan Putrajaya adalah Komersial area di pinggir tasik Putrajaya di Presint 8 dan Kondomonium di Presint 5.











Wednesday, January 27, 2010

Kakak dan Angah melawat Perbadanan Putrajaya.

Satu tabiat Afi yang kelakar adalah takut bila naik lif. tabiat ini baru diketahui bila kali pertama datang ke PJC. Bila naik lif , mesti minta didukung...lepas tu pegang kuat-kuat baju orang...mari kita tengok aksi dua beradik nie...








Gambar ini diambil bulan 12 yang lalu...makin banyak ideanya berposing hafiy..pandai kecik-kecikkan mata ...perasan comellah tuu...


Tuesday, January 26, 2010

Floria 2009

Tahun 2009, Floria menjelma kembali selepas setahun berehat...pada 2007.
Banyak aktiviti sampingan selain pameran bungaan seperti acara menaiki belon panas, persembahan nyayian, memasak bersama chef terkenal, pertandingan utk kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Gambar sekitar Tapak Floria 2009 dan aksi Nurul dan Hafiy.








Monday, January 25, 2010

Nurul Saffia

Nurul Saffia dilahirkan pada 22.10.2009 , pukul 6.56 pagi....berat 2.95 kg di Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi, Selangor.


Kekuasa Allah memberi rezeki kami selepas 7 tahun dapat 2 orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.

Saffia membawa maksud sahabat yang ikhlas...Nurul mengambil seperti nama kakaknya. Alhamdulillah ...sepanjang dalan tempoh pantang...semua ok, tiada jaundis dan masalah lain..ragam pun tiada...moga ia berkekalan ...dan jadi anak yang solehah dan diberkati Allah selalu. Aminnn...