Monday, March 23, 2009

HAFIY 1 TAHUN

Tiada apa persedian yg dibuat untuk Hafiy bagi menyambut 1 tahun ,sebab semua hari cuti penuh dengan aktiviti lain. Tiada masalah memandangkan hafiy pun kecil lagi, tidak tahu-menahu tentang 'birthday"

Kesian Hafiy, tahun depan kita sambut satu keluarga. Ok.

Saturday, March 21, 2009

MAKAN AIS-KRIM DI KENNY ROGERS, ALLAMANDA

Hajat di hati, ingin singgah ke Pasar Tani di Presint 2. Kesesakan lalulintas di sepanjang jalan ke sana bermula dari Masjid Terapung Presint 3, hajat itu terpaksa dibatalkan. Arah bertukar ke Allamanda untuk membeli Kenny Rogers. Sementara menunggu pesanan makanan siap, kami menikmati kelazatan aiskrim kenny Rogers.

Wow..memang sedap dan menawan di mata. Harga pun menawan RM 10.90.












Friday, March 20, 2009

ROJAK BUAH KAK WAN


Hari ini Kak Wan bawa buah-buahan hasil pemberian ibu-ayah mertua untuk dibuat rojak buah. Kuah rojak import dari kampung kak Wan (sesiapa nak kirim boleh order bila Kak wan balik kg).
Kerja pengupasan bermula bila balik dari pasar tani, setelah beli buah mangga utk tambahan buah yang ada. (nanas, jambu batu, epal hijau)



Bagi yang tak merasa tu jangan meleleh air liur , kirim kat kak Wan sebesen kuah rojak , lepas tu bawa buah-buah tu...kat pantry D4 kita kenduri lagiii.he..he...