Showing posts with label MY FAMILY. Show all posts
Showing posts with label MY FAMILY. Show all posts

Tuesday, May 18, 2010

Makan dulu .....

Selepas makan ubat cacing, hafiy dah makin jadi...pemakan....macam tu..lah . mari kita tengok gaya hafiy menikmati makanan malamnya. Lauk soon masak lemak dengan sambal ikan aje...


suapan yang ke-3
sempat lambai orang lagi...

dah habis....
Macam tu...bagus...makan banyak2 ye....biar tembam sikit lawan adik fia

Tuesday, March 9, 2010

Stroller baru


Inilah yang di cari-cari sekian lama...akhirnya jumpa kat di PKNS , B. B. Bangi.

Harga 359.00 hinggit aje...tak kalah achik dayah punya stoler RM 400 lebih..


Posing sakan 3 beradik nie.

Monday, March 1, 2010

HADIAH BESDAY

Sempena hari ulangtahun kelahiran Angah bulan Februari lalu, Pak cik Awang n familinya ada bagi hadiah Track Giant....besar. Bolehlah bawa barang-barang ke kampung...sewakan juga pun boleh...
Mak Tam n Famili bagi kete dan Traktor, nak jadi kontraktor ke...?

Sunday, February 28, 2010

Perkelahan di Pantai Bagan Lalang


Pada 27 Februari 2010, satu perkelahan telah dianjurkan sempena Ulangtahun Kelahiran ke 2 tahun (29.2.09) tahun lompat maa....Hafiy Hakimi di Pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor.
Aktiviti utama adalah BBQ ayam madu, ikan keli, sotong dan udang.
Menu lain nasi lemak sooodap, bihun, tembikai dan sirap.
Aktiviti sampingan pula adalah main layang-layang, main pasir, mandi laut dan tidur


baru nak mula membakar...


kita makan dulu...nyummmm nyummm

Tidur...sungguh nyaman...
bila nak datang laeiii

Wednesday, January 27, 2010

Kakak dan Angah melawat Perbadanan Putrajaya.

Satu tabiat Afi yang kelakar adalah takut bila naik lif. tabiat ini baru diketahui bila kali pertama datang ke PJC. Bila naik lif , mesti minta didukung...lepas tu pegang kuat-kuat baju orang...mari kita tengok aksi dua beradik nie...








Gambar ini diambil bulan 12 yang lalu...makin banyak ideanya berposing hafiy..pandai kecik-kecikkan mata ...perasan comellah tuu...


Tuesday, January 26, 2010

Floria 2009

Tahun 2009, Floria menjelma kembali selepas setahun berehat...pada 2007.
Banyak aktiviti sampingan selain pameran bungaan seperti acara menaiki belon panas, persembahan nyayian, memasak bersama chef terkenal, pertandingan utk kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Gambar sekitar Tapak Floria 2009 dan aksi Nurul dan Hafiy.








Monday, January 25, 2010

Nurul Saffia

Nurul Saffia dilahirkan pada 22.10.2009 , pukul 6.56 pagi....berat 2.95 kg di Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi, Selangor.


Kekuasa Allah memberi rezeki kami selepas 7 tahun dapat 2 orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.

Saffia membawa maksud sahabat yang ikhlas...Nurul mengambil seperti nama kakaknya. Alhamdulillah ...sepanjang dalan tempoh pantang...semua ok, tiada jaundis dan masalah lain..ragam pun tiada...moga ia berkekalan ...dan jadi anak yang solehah dan diberkati Allah selalu. Aminnn...





Monday, September 28, 2009

Hafiy Raya Sakan Tahun 2009

hari Raya Tahun 2009 adalah dalam sejarah family nie beraya baju sedondon, dengan tema hijau.
Hafiy berbaju melayu macam ayahnya, nurul berbaju kurung sama demgan maknya.

Dialah yang paling gembira, habis semua gambar di masuk tak kira keluarga siapa dia turut serta..

Raya sakan tahun nie , first time raya dapat jalan-jalan...

Sunday, August 23, 2009

My Birthday di Pullman Hotel , Putrajaya.








BIRTHDAY KE 34 TAHUN...BULAN RAMADHAN..

Saturday, April 4, 2009

HAFIY PANDU KERETA

berposing sebelum perlumbaan

Sungguh khusyuk memandu

pemenang pertama diserbu peminat

Monday, March 23, 2009

HAFIY 1 TAHUN

Tiada apa persedian yg dibuat untuk Hafiy bagi menyambut 1 tahun ,sebab semua hari cuti penuh dengan aktiviti lain. Tiada masalah memandangkan hafiy pun kecil lagi, tidak tahu-menahu tentang 'birthday"

Kesian Hafiy, tahun depan kita sambut satu keluarga. Ok.

Saturday, March 21, 2009

MAKAN AIS-KRIM DI KENNY ROGERS, ALLAMANDA

Hajat di hati, ingin singgah ke Pasar Tani di Presint 2. Kesesakan lalulintas di sepanjang jalan ke sana bermula dari Masjid Terapung Presint 3, hajat itu terpaksa dibatalkan. Arah bertukar ke Allamanda untuk membeli Kenny Rogers. Sementara menunggu pesanan makanan siap, kami menikmati kelazatan aiskrim kenny Rogers.

Wow..memang sedap dan menawan di mata. Harga pun menawan RM 10.90.