Friday, January 23, 2009

KEMANGKATAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

AL-FATIHAH

27 Disember 2008, pukul 11.45 pagi
Tuanku Ja'afar, 86 telah mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban selepas dimasukkan ke ICU selepas mengadu sakit kepala dan kurang selesa






Istiadat Pemakaman Diraja telah berlangsung selepas solat asar di Makam Diraja Seri Menanti sebaik sahaja pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru dibuat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti .


29 Disember 2008
Tuanku Besar Seri Menanti, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 dalam Istiadat pemasyhuran dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada 3.45 petang

Baginda yang diputerakan pada 1945 merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).
Tuanku Muhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Wednesday, January 21, 2009

ZAMAN STUDENT KAT ITM, SHAH ALAM.

Ketika Trip ke Singapore semasa Part 5 - En Razali (class tutor)

beena, abg mat, wann dan toyon - kat zoo Singapore

Trip ke Hutan Paya Bakau - Kuala Selangor (semasa Part 3 rasanya)


Trip ke Daerah Jengka, Pahang (semasa part 4)
Zaman paling manis pada awal semesta sebab pergi jalan-jalan dan paling kecut perut bila akhir semesta sebab kena present kat lecture yg garang dan bayak mulut....earghhhhh

Tuesday, January 20, 2009

PERJUMPAAN RAKAN SEKOLAH RENDAH

Pada hari raya ke 9 yg lalu, satu perjumpaan pertama kawan-kawan sekolah rendah (Sekolah Dato' Shah Bandar Rembau). Majlis bermula pukul 2.00 petang selepas solat Zohor. Usahasama dari rakan lain Akmar dam Maziah.



Alhamdulillah, ramai juga yang datang tp ada juga yang tak datang last minit...ada aral melintang lah tuuu..



Rakan yg datang - Akmar dan keluarga, Maziah dan keluarga, Azlan Yahya (solo), Norawinda serta keluarga, Zolhelmi serta keluarga, Zaila sekeluarga, Siti Zaibaidah sekeluarga, Kamal sekeluarga, Noraini sekeluarga, Sarimah sekeluarga.

gambar sekitar majlis

anak-anak rakan yg comel-comel...macam ibubapa diorang dolu-dolu. Gambar lain di laman web

GAMBAR LAMA - ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Zaman persekolahan bermula di Sekolah Dato' Shah Bandar Rembau, N.Sembilan.Kalau diingat-ingatkan rasanya mau aje u-turn balik dan tukar apa yg patut utk menambah baik apa yg ada sekarang. Tapi..no way.., kalau boleh..ramai yg mau buat macam tu..maka jadi tunggang terbaliklah dunia nie..ingat Doremon ke..!!!

Persembahan semasa darjah 3 - kalau tak salah nyanyi lagi orang putih...kah..kah.

masa nie dah besar sikit - darjah 6 rasanyee...cuba teka..mana yamies..?

Masa nie darjah 5..cikgu besar yg pakai baju serba putih tuuu..garang..

Monday, January 19, 2009

PERPISAHAN BIRO SERANTA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

10 Disember 2009 yang lalu, satu majlis makan tengahari di Equestrian Putrajaya, Presint 5 bagi meraikan Pembubaran Biro Seranta dan Teknologi Maklumat, PUSPANITA Caw. Kecil Perbadanan Putrajaya. Memandangkan pada bulan Februari ini akan berlansung Pelantikan baru Pengerusi dan Naib Pengerusi setiap Biro.




Ahli-ahli Biro dari kiri - Pn. Jarina J(R), saya le, Pn. Hjh.Intan Hafina J(K), Pn. Zaharah Salamat (Pengerusi Biro) J(K), Pn Hjh. Fatimatuzzahrah ( Naib Pengerusi) J(B), Cik Zakiah J(R), Pn Nor Azimah J(P)


Perjumpaan ini dihadiri oleh semua ajk Biro kecuali Pn.Maisarah yang masih bercuti kerana melahirkan anak keduanya.






Pengalaman selama berada dalam biro ini, banyak pengalaman dan tunjuk ajar dari Pengerusi kita , Pn. Z . Thank you juga atas belanja makan ini.....semoga ikatan ukhwah satu biro akan berkekalan walaupun tidak bersama lagi dalam biro ini.

SERANGAN ISRAEL KE ATAS BUMI GAZA


Mula serangan - 27 Disember 2008 (bersamaan 29 Zulhijjah 1429)

Penduduk Pelestine telah dihujani roket Yahudi ketika menyambut Tahun Baru Hijrah.


Selepas 22 hari di serang oleh Tentera yahudi, beginilah yang tinggal.

BANDAR GAZA 18 Jan 09
- Tentera Israel di Genting Gaza diarah menghentikan tembakan selepas kerajaan rejim Zionis mengumumkan gencatan senjata.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan operasi serangan besar-besaran selama tiga minggu di Gaza bagi menghapuskan pejuang-pejuang Hamas.
Namun, beberapa jam kemudian, pejuang-pejuang Hamas melancarkan 10 serangan roket ke wilayah Yahudi.
Ketika mengumumkan gencatan senjata pada lewat kelmarin, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, tindakan menghentikan tembakan dilakukan selepas matlamat serangan rejim Zionis berjaya dicapai.
"Hamas teruk dibedil termasuk cawangan sayap ketenteraan dan institusi kerajaannya.
"Para pemimpinnya bersembunyi dan kebanyakan mereka terbunuh.
"Jika Hamas menangguhkan tembakan, pihak tentera akan keluar dari Gaza," kata Olmert.
Menurutnya, jika pejuang-pejuang Hamas tidak berbuat demikian, tentera Israel akan meneruskan tindakan bagi mempertahankan rakyatnya.
Sementara itu di Gaza, penduduk-penduduk kembali semula ke kediaman masing-masing untuk melihat runtuhan rumah mereka akibat serangan tentera Israel.
Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada pukul 2 pagi waktu tempatan selepas 22 hari berlakunya pertempuran antara pejuang-pejuang Hamas dengan tentera Israel.
Menurut pegawai-pegawai Pertubuhan Bangsa-Bengsa Bersatu (PBB), dalam pertempuran itu, lebih 1,300 penduduk Palestin terbunuh separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.
Sebanyak 13 rakyat Israel turut terbunuh.
Israel memutuskan untuk menangguhkan serangan dua hari sebelum Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden AS di White House, Washington.
Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice menyatakan pentadbiran Presiden George W. Bush mengalu-alukan keputusan Israel itu. - AP

22HB Januari 09 -
Yasser merupakan anggota Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) yang telah mengeluarkan angka korban terakhirnya semalam di mana 1,330 penduduk Gaza telah terkorban sementara 5,450 lagi cedera, kebanyakannya penduduk awam.
Tugas beliau agak rumit dan mungkin mengambil masa yang lama tetapi penduduk memberi kerjasama kepadanya.
Bagaimanapun Israel menuduh Hamas sengaja meningkatkan korban awam dan tetap menegaskan bahawa lebih 700 orang pejuang pergerakan Islam itu maut.
“Perbezaan pendapat” mengenai angka terakhir ini terutama dari sudut nisbah korban pejuang dan orang awam, adalah antara yang hangat diperkatakan oleh rakyat negara Yahudi dan penduduk Palestin.
Rejim Zionis melihatnya sebagai satu alasan kuat untuk menghentikan serangan roket oleh Hamas namun penduduk Palestin merasakan ia adalah satu tindakan kejam kerana bedilan ditujukan ke arah kawasan yang berpenduduk padat.
Ketua perkhidmatan perubatan Gaza, Muawiya Hussein berkata, seramai 894 daripada jumlah kemalangan jiwa adalah orang awam termasuk 437 kanak-kanak dan remaja berusia 16 tahun ke bawah, 111 orang wanita, 120 lelaki warga emas, 14 anggota pasukan perubatan dan empat wartawan.
Antara 390 yang terbunuh, 167 daripadanya adalah polis awam Hamas yang kebanyakannya terbunuh semasa bertugas ketika Israel melancarkan serangan mengejut pada hari pertama.
Mereka yang cedera termasuk 1,890 kanak-kanak dengan 200 daripadanya berada dalam keadaan serius manakala kira-kira 600 mangsa cedera telah dipindahkan ke luar Gaza untuk menjalani rawatan. – Agensi

Friday, January 16, 2009

Gardener Practise

Sabtu lalu pada 10 Januari 2009 , kami Zaki, Sukri, Amir dan saya telah belajar teknik berkebun (Gardener Practise) dengan Master Sifoo kita En Aziz Buang di Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Mula-mula saya melakukan kerja penyemaian biji spesis renek Murraya yg didapati tidak boleh dibiakkan dengan cara keratan.

Kemudian, kami ke pokok jambu air madu utk belajar cara-cara melakukan salah satu teknik pembiakakan iaitu cara tut. Dalam 5 minit Master Sifoo tunjukkan, kami diberi kepercayaan untuk melakukan tut ini ke pokok jambu air madu .

Memang terujalah, habis semua dahan kami tut...he.he..

Thank you Master Sifoo Arjit..jasamu di kenang...
Akhirkata..productnya nanti akan wujudlah ramai gardener berjaya di kalangan staf BPPL.

AIR PANAS GADEK, MELAKA

Sempena cuti tahun baru , perancangan hendak pergi ke Melaka dan Muar. Saat akhir, ubah fikiran utk balik kg ajelah coz save bajet takut tahun depan kot-kot ekonomi meleset... Lagipun 2 hari lepas baru balik bercuti dari PD.

Balik kg, utk memenuhi harapan nak bercuti ke Melaka, maka dapat idea utk ke Air Panas Gadek. So ajaklah serombongan adik-beradik gi berkelah membawa teh tarik dan keropok.

Jangan tak caya, si kecik nie pun mandi air panas..tapi mandi dalam baldi ajelah tambah air sejuk separuh...he.he.he. Anyway..memang menghiburkan, coming soon boleh cari lagi tempat yg menarik..


HOLIDAY KAT PD

Akhirnya, dapat juga pergi holiday. Walaupun dekat aje..asalkan gi Holiday..

Lobby Corus Hotel, Port Dickson.


Bilik penginapan no.207 tingkat 7.oklah selesa.

Lainlah cerita si kecik nie....cari pot baikkk punya...

lepas check-in, atie ajak gi mandi pantai sampai ke petang 6.30.


Malamnya, gi makan ikan bakar kat medan ikan bakar kat muara. bestlah jugak tapi service lambat gila....orang ramai.Anyway enjoy jugak gi Port dickson nie...puas hati..

Wednesday, January 14, 2009

KURSUS PHOTOSHOP CS3

Kursus Photoshop CS3 kat Bangunan Putrajaya Holding selama 2 hari. last minit ....dapat..tak ramai yang hadir. 3 org dari PJC dan 2 org dari Kementerian Wilayah. Anyway okaylah jugak dapat banyak ilmu baru...Walaubagaimanapun, Photoshop CS3 ini adalah 3X letest dari Photoshop 7 yang sekarang gunakan....banyak icon tambahan yang lebih memudahkan design.




Gambar sekitar kursus...