Showing posts with label CERITA-CERITIT. Show all posts
Showing posts with label CERITA-CERITIT. Show all posts

Monday, February 22, 2010

WOW , Putrajaya.

20-21 Februari 2010, telah berlansung akvititi Wow di Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya. Ia adalah salah satu aktiviti Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010.

Dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.


2 diantara projek mega Perbadanan Putrajaya adalah Komersial area di pinggir tasik Putrajaya di Presint 8 dan Kondomonium di Presint 5.











Friday, March 20, 2009

ROJAK BUAH KAK WAN


Hari ini Kak Wan bawa buah-buahan hasil pemberian ibu-ayah mertua untuk dibuat rojak buah. Kuah rojak import dari kampung kak Wan (sesiapa nak kirim boleh order bila Kak wan balik kg).
Kerja pengupasan bermula bila balik dari pasar tani, setelah beli buah mangga utk tambahan buah yang ada. (nanas, jambu batu, epal hijau)



Bagi yang tak merasa tu jangan meleleh air liur , kirim kat kak Wan sebesen kuah rojak , lepas tu bawa buah-buah tu...kat pantry D4 kita kenduri lagiii.he..he...



Monday, February 16, 2009

SECOND TAQ BY FIZAH

...ERGGG...FIZAH...TU...memang dengki kat yamies maklumlah ...asyik ..cuti dan kursus tak lekat kat work station...minggu lepas..

#01 : Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 perkara berkenaan orang yang mengetag. ( PART PALING SUKA)
-Dialah org yg memperkenalkan blog nie....
-Seorang kakitangan PJC
-Org Utara
-semput juga macam den
-ada 2 anak pompuan...tgh berusaha dpt ank lelakiii...bulan nie on ke??? he..he..
-PA yg tak byk ragam melayan BOSS yg kadang2 meragam....he..he..
-ada tahi lalat...kat muka....pi basuh cepattt...he..he..tahu pemanisss tu...
-suka makan laksa dan ABC
-orgnya tinggi lampai...boleh jadi shooter Landscape (netball team)
-rajin buat breakfast...utk familynye...dgn kita bila nak bawa...nyammm nyamm

#02 : Orang yang kena tag, tulis 10 perkara mengenai diri sendiri
malas..nya...nak buat...sama macam dulu lahhh...

#03 : Pilih 10 orang untuk jawab tag ini.
tak taulah...tak ada kot

Wednesday, February 4, 2009

TAQ BY FIZAH

Adoi lama tak up date blog b'coz cuti EL - Hafiy masuk Hospital An Nur. Nie Fizah sibuk mintak buat apa yg dia taq....nie...tengokkan jawapan kite...

Here are the rules
-List these rules on your blog

-Share 7 facts about yourself on your blog.

-Tell 6 unspectacular quirks of yours.

-Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.

-Link the person who tagged you.

-Leave a comment for each blogger.



nie jawapannya...
7 even facts 'bout me :
~Anak ke 9 ( 4 abang dan 4 kakak)
~Ada 2 anak 1 boy dan 1 girl
~bercita-cita nak ade bisnes sendiri...(peternak kambing ke..pekebun sayur ke...atau ..peternak ikan keli.... )
~berminat dengan design work.... animasi ...grafik dan sketch ...
~sedang mengumpul minat dan ilmu dalam bidang penulisan....mana tau dah tua (pencen) boleh karang buku....
~ berminat dalam soal-soal kebajikan...( org tua, ibu-ibu tunggal, orang sakit)...kerana boleh menambah sifat syukur dlm diri kita ...dan menambah keinsafan diri
~sentiasa mencari ilmu-ilmu baru...terutama bidang it, pokok dan kerja hakiki kat PJC nie..


6ix unspectacular quirks about me :
~ perancangan selalu sukar ditunaikan
~ kurang displin dengan masa
~ kurang peramah...cuba nak tambah keramahan...mcm kak wan kita..
~ Pemalu tak bertempat kot....he..he..
~ kurang sabar....kena banyak / selalu musabaha diri...
~Cepat penat...lah.....ergghhhh..


Saya nak tag :
~ fizah
- kak one

Wednesday, January 21, 2009

ZAMAN STUDENT KAT ITM, SHAH ALAM.

Ketika Trip ke Singapore semasa Part 5 - En Razali (class tutor)

beena, abg mat, wann dan toyon - kat zoo Singapore

Trip ke Hutan Paya Bakau - Kuala Selangor (semasa Part 3 rasanya)


Trip ke Daerah Jengka, Pahang (semasa part 4)
Zaman paling manis pada awal semesta sebab pergi jalan-jalan dan paling kecut perut bila akhir semesta sebab kena present kat lecture yg garang dan bayak mulut....earghhhhh

Tuesday, January 20, 2009

PERJUMPAAN RAKAN SEKOLAH RENDAH

Pada hari raya ke 9 yg lalu, satu perjumpaan pertama kawan-kawan sekolah rendah (Sekolah Dato' Shah Bandar Rembau). Majlis bermula pukul 2.00 petang selepas solat Zohor. Usahasama dari rakan lain Akmar dam Maziah.



Alhamdulillah, ramai juga yang datang tp ada juga yang tak datang last minit...ada aral melintang lah tuuu..



Rakan yg datang - Akmar dan keluarga, Maziah dan keluarga, Azlan Yahya (solo), Norawinda serta keluarga, Zolhelmi serta keluarga, Zaila sekeluarga, Siti Zaibaidah sekeluarga, Kamal sekeluarga, Noraini sekeluarga, Sarimah sekeluarga.

gambar sekitar majlis

anak-anak rakan yg comel-comel...macam ibubapa diorang dolu-dolu. Gambar lain di laman web

GAMBAR LAMA - ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Zaman persekolahan bermula di Sekolah Dato' Shah Bandar Rembau, N.Sembilan.Kalau diingat-ingatkan rasanya mau aje u-turn balik dan tukar apa yg patut utk menambah baik apa yg ada sekarang. Tapi..no way.., kalau boleh..ramai yg mau buat macam tu..maka jadi tunggang terbaliklah dunia nie..ingat Doremon ke..!!!

Persembahan semasa darjah 3 - kalau tak salah nyanyi lagi orang putih...kah..kah.

masa nie dah besar sikit - darjah 6 rasanyee...cuba teka..mana yamies..?

Masa nie darjah 5..cikgu besar yg pakai baju serba putih tuuu..garang..

Monday, January 19, 2009

PERPISAHAN BIRO SERANTA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

10 Disember 2009 yang lalu, satu majlis makan tengahari di Equestrian Putrajaya, Presint 5 bagi meraikan Pembubaran Biro Seranta dan Teknologi Maklumat, PUSPANITA Caw. Kecil Perbadanan Putrajaya. Memandangkan pada bulan Februari ini akan berlansung Pelantikan baru Pengerusi dan Naib Pengerusi setiap Biro.




Ahli-ahli Biro dari kiri - Pn. Jarina J(R), saya le, Pn. Hjh.Intan Hafina J(K), Pn. Zaharah Salamat (Pengerusi Biro) J(K), Pn Hjh. Fatimatuzzahrah ( Naib Pengerusi) J(B), Cik Zakiah J(R), Pn Nor Azimah J(P)


Perjumpaan ini dihadiri oleh semua ajk Biro kecuali Pn.Maisarah yang masih bercuti kerana melahirkan anak keduanya.






Pengalaman selama berada dalam biro ini, banyak pengalaman dan tunjuk ajar dari Pengerusi kita , Pn. Z . Thank you juga atas belanja makan ini.....semoga ikatan ukhwah satu biro akan berkekalan walaupun tidak bersama lagi dalam biro ini.

Friday, January 16, 2009

Gardener Practise

Sabtu lalu pada 10 Januari 2009 , kami Zaki, Sukri, Amir dan saya telah belajar teknik berkebun (Gardener Practise) dengan Master Sifoo kita En Aziz Buang di Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Mula-mula saya melakukan kerja penyemaian biji spesis renek Murraya yg didapati tidak boleh dibiakkan dengan cara keratan.

Kemudian, kami ke pokok jambu air madu utk belajar cara-cara melakukan salah satu teknik pembiakakan iaitu cara tut. Dalam 5 minit Master Sifoo tunjukkan, kami diberi kepercayaan untuk melakukan tut ini ke pokok jambu air madu .

Memang terujalah, habis semua dahan kami tut...he.he..

Thank you Master Sifoo Arjit..jasamu di kenang...
Akhirkata..productnya nanti akan wujudlah ramai gardener berjaya di kalangan staf BPPL.

Wednesday, January 14, 2009

KURSUS PHOTOSHOP CS3

Kursus Photoshop CS3 kat Bangunan Putrajaya Holding selama 2 hari. last minit ....dapat..tak ramai yang hadir. 3 org dari PJC dan 2 org dari Kementerian Wilayah. Anyway okaylah jugak dapat banyak ilmu baru...Walaubagaimanapun, Photoshop CS3 ini adalah 3X letest dari Photoshop 7 yang sekarang gunakan....banyak icon tambahan yang lebih memudahkan design.




Gambar sekitar kursus...






Thursday, August 21, 2008

Pi Rumah Mina dan shila

Jumaat nie ( 15.08.08) diorang semua nak gi rumah Mina kat Presint 18. Mula-mula gi Pasar tani untuk beli utk dimakan....laparnya...pastu baru gi rumah mereka...

Setelah kenyang perut....kita pun buat sessi bergambar...hanya tuan rumah ye tak nak berposing...walaubagaimana pun sempat jugak tangkap anaknya yang hensem nie mengalahkan anak mat saleh.....comelnyaaaaaaaaa

Lepas tu...kita orang buat rombongan cik aetot ke rumah shila......rumah bujang tapi kalah rumah orang dah kahwin ...semua complete ....kolam ikan pun ada....



Monday, August 4, 2008

Hari MC

Hari ini dapat MC , sebab kena asma pagi tadi....semalaman tak tido...lepas hantar ati...terus pangsan hingga pukuln 10.00. Dan jumpa Dr ....yahooo...dapat juga MC...
Balik terus gi sidai baju kat belakang...sian tengok kebun kita banyak yang tak terjaga....maaflah tanam-tanaman ku...buzy sesangat...tuan mu inieee

Antara banyak pokok cili yang di tanam, 1 pokok yang hidup....lain mati diserang siput...bukan siput sedut..tau...he..he..Pokok manggis nie kalau besar lagi...nak eksport gi balik kampung...esok tua-tua boleh lah makan buahnya....dayah mesti nak tumpang sekaki...Pokok ubi tu...tanam nakkan daun nya buat sayur tak membazir duit beli sayur lagiii..barang kan dah naikkk...berjimat sikit....Pokok Aleo vera nie..adalah anaknya tapi tak.berkesempatan nak cabut bagi...cik yah...

Serai...adalah sejemput...tak palah...asalkan hidup...Bunga bakawali nie...tah bilalah keluar bunga ....tut..dah kembang dah...

Dah penat...melawat kebun , masuk dapur utk masak mihoon , goreng ayam dan makan buah manggis ...itu pun pun sodappppp



















Bersama Tan Sri Presiden









Hari ini adalah hari bersama Tan Sri Presiden Perbadanan Putrajaya. Panjang juga amanatnya diantaranya...elakkan mengambil apa-apa daripada kontraktor...yang kita tak tahu niatnya...untuk save ....elakkanpemberian orang terutama yang berkaitan dengan kerja kita di Perbadanan Putrajaya.

Kemudian beliau bangkitkan cerita minyak naik...adakah yang tak cukup makan dan tidak tidur lena sejak kebelakang ini...beliau menyarankan banyak-banyak berjimat...mungkin ada hikmahnya kenaikan harga minyak ...think positif..selalu.

Dengar-dengar juga...posing...posing jugak...ini...ini semua si kecik nielah nie ...shikin sampai ambil vedio lagiiii....bagi ajelah dia....asalah kan bahgia...