Mula serangan - 27 Disember 2008 (bersamaan 29 Zulhijjah 1429)
Penduduk Pelestine telah dihujani roket Yahudi ketika menyambut Tahun Baru Hijrah.
Selepas 22 hari di serang oleh Tentera yahudi, beginilah yang tinggal.
BANDAR GAZA 18 Jan 09
- Tentera Israel di Genting Gaza diarah menghentikan tembakan selepas kerajaan rejim Zionis mengumumkan gencatan senjata.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan operasi serangan besar-besaran selama tiga minggu di Gaza bagi menghapuskan pejuang-pejuang Hamas.
Namun, beberapa jam kemudian, pejuang-pejuang Hamas melancarkan 10 serangan roket ke wilayah Yahudi.
Ketika mengumumkan gencatan senjata pada lewat kelmarin, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, tindakan menghentikan tembakan dilakukan selepas matlamat serangan rejim Zionis berjaya dicapai.
"Hamas teruk dibedil termasuk cawangan sayap ketenteraan dan institusi kerajaannya.
"Para pemimpinnya bersembunyi dan kebanyakan mereka terbunuh.
"Jika Hamas menangguhkan tembakan, pihak tentera akan keluar dari Gaza," kata Olmert.
Menurutnya, jika pejuang-pejuang Hamas tidak berbuat demikian, tentera Israel akan meneruskan tindakan bagi mempertahankan rakyatnya.
Sementara itu di Gaza, penduduk-penduduk kembali semula ke kediaman masing-masing untuk melihat runtuhan rumah mereka akibat serangan tentera Israel.
Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada pukul 2 pagi waktu tempatan selepas 22 hari berlakunya pertempuran antara pejuang-pejuang Hamas dengan tentera Israel.
Menurut pegawai-pegawai Pertubuhan Bangsa-Bengsa Bersatu (PBB), dalam pertempuran itu, lebih 1,300 penduduk Palestin terbunuh separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.
Sebanyak 13 rakyat Israel turut terbunuh.
Israel memutuskan untuk menangguhkan serangan dua hari sebelum Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden AS di White House, Washington.
Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice menyatakan pentadbiran Presiden George W. Bush mengalu-alukan keputusan Israel itu. - AP

22HB Januari 09 -
Yasser merupakan anggota Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) yang telah mengeluarkan angka korban terakhirnya semalam di mana 1,330 penduduk Gaza telah terkorban sementara 5,450 lagi cedera, kebanyakannya penduduk awam.
Tugas beliau agak rumit dan mungkin mengambil masa yang lama tetapi penduduk memberi kerjasama kepadanya.
Bagaimanapun Israel menuduh Hamas sengaja meningkatkan korban awam dan tetap menegaskan bahawa lebih 700 orang pejuang pergerakan Islam itu maut.
“Perbezaan pendapat” mengenai angka terakhir ini terutama dari sudut nisbah korban pejuang dan orang awam, adalah antara yang hangat diperkatakan oleh rakyat negara Yahudi dan penduduk Palestin.
Rejim Zionis melihatnya sebagai satu alasan kuat untuk menghentikan serangan roket oleh Hamas namun penduduk Palestin merasakan ia adalah satu tindakan kejam kerana bedilan ditujukan ke arah kawasan yang berpenduduk padat.
Ketua perkhidmatan perubatan Gaza, Muawiya Hussein berkata, seramai 894 daripada jumlah kemalangan jiwa adalah orang awam termasuk 437 kanak-kanak dan remaja berusia 16 tahun ke bawah, 111 orang wanita, 120 lelaki warga emas, 14 anggota pasukan perubatan dan empat wartawan.
Antara 390 yang terbunuh, 167 daripadanya adalah polis awam Hamas yang kebanyakannya terbunuh semasa bertugas ketika Israel melancarkan serangan mengejut pada hari pertama.
Mereka yang cedera termasuk 1,890 kanak-kanak dengan 200 daripadanya berada dalam keadaan serius manakala kira-kira 600 mangsa cedera telah dipindahkan ke luar Gaza untuk menjalani rawatan. – Agensi

maklumat - http://www.utusan.com.my/
No comments:
Post a Comment